Sunday, September 6, 2009

KONVENSYEN 5S PPUKM

Jawatankuasa 5S PPUKM akan menganjurkan Konvensyen 5S sempena Minggu Kualiti PPUKM pada 6 Oktober 2009 (Selasa) di Auditorium bermula jam 9.00 pagi. Sebanyak 12 kumpulan yang akan membuat persembahan pada hari tersebut. JOHAN bagi setiap kategori akan menerima Wang Tunai RM 400.00, Piala dan Sijil Penyertaan. Naib Johan akan menerima Wang Tunai RM 300.00, Piala dan Sijil Penyertaan. Tempat Ketiga akan menerima Wang Tunai RM 200.00, Piala dan Sijil Penyertaan. Bagi Zon Terbaik Keseluruhan akan menerima Wang Tunai RM 1,000.00, Piala Pusingan dan Sijil Penyertaan.

Wednesday, July 29, 2009

TAHNIAH.....


PENGERUSI BARU PROGRAM AMALAN 5S,PPUKM


Tahniah dan syabas diucapkan kepada Puan Foziah Hanon Ahmad kerana telah dilantik sebagai Pengerusi Program Amalan 5S Pusat Perubatan UKM. Semoga dengan pengalaman dan kewibawaan yang ada, puan dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan jayanya.

Sunday, July 26, 2009

LOGO 5S PPUKM


POLISI PROGRAM AMALAN 5S PPUKM

Kami sentiasa mengamalkan budaya kerja 5s yang berteraskan kepada usaha penambahbaikan secara berterusan melalui gerak kerja berpasukan demi memenuhi kepuasan pelanggan

OBJEKTIF PROGRAM AMALAN 5S PPUKM

1. Mewujudkan persekitaran kerja kelas pertama yang bersih, selamat dan sistematik

2. Menghasilkan kualiti kerja, perkhidmatan dan produk yang tinggi

3. Membentuk disiplin kakitangan dan membina semangat kerja berpasukan

4. Menyokong Sistem Pengurusan Kualiti

5. Meningkatkan produktiviti

6. Mengurangkan pembaziran

SISTEM RED TAG

Sistem Red Tag sering digunakan untuk membantu mengenalpasti barangan yang tidak diperlukan lagi dan tahap keperluan sesuatu barang. Terdapat 6 langkah yang perlu dipatuhi bagi melaksanakan proses Red Tag.

1. Melancarkan projek Red Tag
-Mewujudkan kawasan simpanan dan merangka cara-cara pelupusan bagi barangan yang tidak diperlukan lagi dengan menggunakan Borang Red Tag

2. Mengenalpasti sasaran Red Tag
-Menentukan jenis barangan dan kawasan kerja yang perlu dinilai

3. Menentukan kriteria Red Tag
-Menentukan keperluan sesuatu barang
a)adakah ia berguna
b)kekerapan penggunaan
a)kuantiti penggunaan

4. Meletakkan Tag
-Meletak Tag perlu dilakukan dengan segera dan muktamad

5. Penentuan barangan yang di Red Tag
-Menentukan barangan yang perlu dibuang

6. Dokumenkan hasil Red Tag
-Semua aktiviti Red Tag hendaklah direkodkan sebagai salah satu prosedur perakaunan, dengan ini setiap jabatan dapat mengukur sebarang penambahbaikandan penjimatan sepanjang proses dilaksanakan

APA ITU 5S?

SISIH - SEIRI - SORT

Menyisih dan membuang barangan yang tidak diperlukan lagi di tempat kerja secara sistematik

SUSUN - SEITON - SET IN ORDER

Menyusun barangan yang diperlukan dengan teratur, kemas dan sistematik supaya ianya mudah diambil dan disimpan di tempatnya

SAPU - SEISO - SHINE

Membersihkan dan memeriksa tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk atau kotoran di lantai, mesin dan peralatan

SERAGAM - SEIKETSU - STANDARDISE

Mengekalkan keseragaman pengurusan tempat kerja yang baik dengan memastikan barangan bersih dan teratur pada setiap masa

SENTIASA AMAL - SHITSUKE - SUSTAIN

Melatih kakitangan untuk mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dan mengamalkan sistem 5S secara berterusan dan membentuk satu budaya dalam organisasi

3 KELAS TEMPAT KERJA

KELAS KETIGA

-Semua orang membuang sampah merata-rata dan tiada siapa yang membersihkannya

KELAS KEDUA

-Sekumpulan orang yang membuang sampah merata-rata dan sekumpulan yang lain membersihkannya

KELAS PERTAMA

-Tiada siapa yang membuang sampah merata-rata tetapi kerja pembersihan tetap dilakukan

Friday, July 24, 2009

PUNCA PEMBAZIRAN

1. Kadar kecacatan produk yang meningkat

2. Masa menunggu yang lama

3. Memerlukan banyak pergerakan di tempat kerja

4. Sistem atau proses kerja terlalu rumit

5. Penggunaan bahan atau pengeluaran produk yang berlebihan

6. Penyimpanan inventori yang berlebihan daripada keperluan

KEBAIKAN PROGRAM AMALAN 5S

1. Meningkatkan produktiviti

2. Mewujudkan suasana tempat kerja kelas pertama

3. Membantu mengekalkan kualiti kerja, perkhidmatan dan produk

4. Mengurangkan pembaziran

5. Menurunkan kos operasi

6. Memastikan keselamatan, kebersihan dan kekemasan tempat kerja

7. Memastikan penghantaran (dalaman/luaran) yang tepat

8. Meningkatkan disiplin, rasa bangga dan moral kakitangan terhadap organisasi dan tempat kerja

9. Meningkatkan imej organisasi dan jabatan

10. Meningkatkan dan menambah idea baru kakitangan

OBJEKTIF UTAMA PROGRAM AMALAN 5S

1. Membina budaya kaizen di tempat kerja

2. Membina kerjasama melalui penyertaan semua

3. Membina amalan kepimpinan

4. Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program kaizen yang lebih maju

Thursday, July 23, 2009

Stick Figure Family at FreeFlashToys.com
Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

Mantan Pengerusi 5S

Bersama Mantan Pengerusi 5S, Encik Zulkipili Johari ketika melawat di TNB, PD


Make your Stick Figure Family at FreeFlashToys.com

Tuesday, July 21, 2009

Pyzam Glitter Text Maker
Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts

Monday, July 20, 2009

Jumlah Fasilitator 5S PPUKM - 62
Jumlah Fasilitator 5S Kampus KL - 8
Jumlah Juruaudit Dalaman 5S PPUKM - 57
Jumlah Ketua Zon 5S PPUKM - 151
Jumlah Keseluruhan Zon 5S PPUKM - 158

CABARAN PROGRAM AMALAN 5S

Kemampuan jawatankuasa/ kakitangan untuk melaksanakan Program Amalan 5S
secara menyeluruh kerana terikat dengan kerja hakiki.


Meliputi kawasan yang besar dan luas dan mempunyai bilangan
kakitangan yang ramai.


Sukar untuk mengekalkan Amalan 5S dan menjadikan Amalan 5S
sebagai budaya kerja.

KEJAYAAN 5S

Telah berjaya di dalam Audit Persijilan Semula oleh MPC pada 29 Mei 2009. Tahniah kepada semua jabatan-jabatan yang terlibat untuk fasa 1.

Program Amalan 5S digunakan sebagai salah satu alat sokongan jabatan di dalam menjalankan aktiviti kualiti yang lain seperti ISO dan KIK.

Konsep Amalan 5S juga dapat menyokong kepada pencapaian sesebuah jabatan seperti Institut Perubatan Molekul (UMBI) yang telah berjaya memenangi tempat PERTAMA bagi Anugerah Tempat Kerja Selamat Kategori Makmal untuk Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM tahun 2008.



PELAN PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM AMALAN 5S PPUKM BAGI TAHUN 2009 – 2010


Mengemaskini Zon-Zon Fasa 1 dan 2
10 April 2009

Lawatan Peserta Kursus Audit anjuran MPC
15 April 2009

Pelantikan Fasilitator KKL
23 April 2009

Lencana 5S PPUKM
30 April 2009

Audit Pengawasan Amalam Persekitaran (MPC)
29 Mei 2009

Taklimat Kesedaran Amalan 5S (PPUKM, KKL)
22 Mei 2009

Lawatan Pengurusan PPUKM 01/09 (sekitar PPUKM)
03 Jun 2009

Lawatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Besut
11 Jun 2009

Kursus Pengukuhan Fasilitator 5S (Fasa 1,2 dan 3)
06-07 Julai 2009

Bengkel Audit Dalam 5S
03 – 05 Ogos 2009

Majlis Makan Tengahari (meraikan pemenang zon terbaik)
Ogos 2009

Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 5S
September 2009

Mini Konvensyen 5S PPUKM, (Minggu Kualiti PPUKM 2009)
05 - 10 Oktober 2009

Kursus Kaizen dan Inovasi
Disember 2009

Majlis Makan Tengahari (meraikan pemenang zon terbaik)
Disember 2009

Lawatan Pengurusan PPUKM 01/10 (sekitar PPUKM)
Jan 2010


Taklimat Kesedaran Amalan 5S
Jan 2010

Bengkel Pengukuhan Ketua Zon
Februari 2010

Pra Audit Persekitaran Kerja Berkualiti (Fasa 1 dan 2 )
Mac 2010

Audit Persekitaran Kerja Berkualiti (Fasa 1 dan 2 )
Mei 2010

Audit Pengawasan Amalam Persekitaran (Fasa 1)- MPC
Mei 2010

Lawatan Pengurusan PPUKM 02/10 (sekitar PPUKM)
Julai 2010

Majlis Makan Tengahari (meraikan pemenang zon terbaik)
Julai 2010

Kursus Pengukuhan Juruaudit
Ogos 2010

Kursus Pengukuhan Fasilitator
Julai 2010

Mini Konvensyen 5S PPUKM, (Minggu Kualiti PPUKM 2010)
2010

Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 5S
September 2010

Majlis Makan Tengahari (meraikan pemenang zon terbaik)
Disember 2010

Sunday, July 19, 2009

SEJARAH & PENGENALAN PROGRAM AMALAN 5S PPUKM

Pelaksanaan Program Amalan 5S PPUKM telah diluluskan dalam Mesyuarat Pengurusan HUKM pada 04 September 2006.


Jawatankuasa Program Amalan 5S PPUKM telah ditubuhkan pada 28 November 2006 yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Kualiti & Khidmat Pelanggan pada ketika itu. Jawatankuasa ini telah dipertanggungjawabkan untuk merancang, melaksana dan memantau Program Amalan 5S PPUKM.

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah dilantik sebagai perunding Amalan 5S pada 29 November 2006 dan melalui pelantikan ini, PPUKM berhasrat untuk mendapatkan pengiktirafan melalui Persijilan Persekitaran Berkualiti (5S) daripada MPC.

Program Amalan 5S PPUKM dijalankan secara berperingkat iaitu fasa 1, 2 dan 3. Berikut adalah jabatan-jabatan yang terlibat dalam Program Amalan 5S PPUKM (fasa 1) :
1. Institut Molekul Perubatan UKM (UMBI)
2. Pejabat Pengarah & Dekan
3. Jabatan Sumber Manusia
4. Jabatan Kualiti
5. Jabatan Pengurusan Bangunan
6. Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik
7. Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan
8. Jabatan Jabatan Pengurusan Kejururawatan
9. Jabatan Farmasi
10. Jabatan Perubatan Kecemasan
11.Jabatan Kerja Sosial Perubatan
12. Unit Khidmat Pelanggan


Berikut adalah jabatan-jabatan yang terlibat dalam Program Amalan 5S PPUKM (fasa 2) :
1.Jabatan Kewangan
2.Jabatan Perhubungan Awam
3.Jabatan Rekod Perubatan
4.Unit Kawalan Infeksi
5.Pusat Teknologi Maklumat
6.Jabatan Perkhidmatan Dietetik & Sajian Makanan
7.Bahagian Pengurusan Kampus Kesihatan
8.Jabatan Radiologi
9.Jabatan Radioterapi & Onkologi
10.Pusat Endoskopi
11.Poliklinik warga
12.Unit Keselamatan
13.Perpustakaan
14.Pejabat Dekan (Bahagian Akademik)
15.Jabatan Pentadbiran Am


Berikut adalah jabatan-jabatan yang terlibat dalam Program Amalan 5S PPUKM (fasa 3) :
1.Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan
2.Jabatan Biokimia
3.Jabatan Anatomi
4.Jabatan Fisiologi
5.Jabatan Farmakologi
6.Unit Sumber Haiwan Makmal
7.Unit Makmal Pelbagai Guna
8.Sekteriat Pengajian Prasiswazah